359
DIKECAM teruk netizen gara-gara memiliki tatu yang disifatkan berlebihan sehingga menutup kecantikan semula jadinya, pelakon Han So-hee enggan peduli dan hanya mahu jadi diri sendiri.
Ujarnya, apa pun tindakan yang dilakukan ke atas tubuhnya adalah dengan kerelaan dan kehendaknya sendiri. Dia selain menyifatkan perbuatan tersebut sebagai satu kepuasan.
Saya pelik mengapa orang benci melihat tatu saya sedangkan itu badan saya, duit saya dan kehendak saya.
“Saya tidak boleh hidup sekadar mahu puaskan hati semua orang. Saya tidak mahu terbelenggu hanya kerana mahu kelihatan gadis polos dan baik sahaja,” ujarnya dalam satu rancangan temu bual.