Sharnaaz Ahmad pesan jangan pisahkan Fizi Ali, anak

HANYA yang lalui akan faham.”

Itu kata pelakon Sharnaaz Ahmad yang memahami perasaan penyampai radio Fizi Ali apabila dua bulan tidak dapat bertemu dengan anak perempuannya, Ameena Sofia.

Kata Sharnaaz, 39, sesiapa yang pernah melalui situasi sama akan memahami keperitan berpisah dengan anak dalam jangka masa yang panjang.

“Aku tak pernah jumpa Fizi tetapi aku akan peluk kau.

“Aku tidak mahu tahu betul atau salah tetapi jangan sesekali pisahkan. Apa-apa pun alasannya,” katanya dalam Instagram.

Pendapat yang dilontarkan pelakon filem Polis Evo 3 itu dibuat selepas membaca liputan media yang memaparkan video Fizi ditemu bual semasa di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor pagi tadi.

Pagi tadi, proses sulh berhubung isu hak penjagaan anak antara Fizi dan bekas isterinya, Shakilla Khoriri yang juga seorang pelakon gagal mencapai kata sepakat.

Malah, permintaan Fizi untuk berjumpa anaknya iaitu Ameena Sofia juga tidak dipersetujui Shakilla.

Sharnaaz bagaimanapun bernasib baik apabila bekas isterinya, Noor Nabila bersetuju untuk menjaga anak lelaki tunggal mereka iaitu Jebat Jayden secara bergilir-gilir.

Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga dengan Nabila pada Mac 2017 namun hubungan mereka berakhir pada Julai 2020.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Jebat yang kini berusia enam tahun. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok