‘Seperti sumpahan, badan gemuk jika ada penggambaran’

BAGAIKAN sumpahan, itu yang dilalui pelakon Diana Danielle apabila berat badannya bertambah setiap kali memulakan penggambaran.

Diana atau Diana Danielle Danny Beeson, 33, berkata, bagi mendapatkan kembali berat badan yang ideal, dia kini mengawal jumlah pengambilan makanan.

“Berat badan saya kini sudah 70 kilogram (kg) jadi, saya sudah mengawal pemakanan sejak beberapa minggu lalu.

Entahlah, setiap kali terlibat dengan penggambaran filem, ketika itu badan gemuk.

“Ketika bentuk badan persis model, tiada pula penggambaran filem. Seperti sumpahan!” katanya dalam aplikasi X.

Tambah bintang filem Imaginur itu, berat badannya yang ideal adalah sekitar 60 kg dan sekiranya kurang, dianggap ‘cengkung’ baginya.

Berat badan yang sihat untuk diri saya ialah antara 60 hingga 65 kg.

“Orang selalu cakap tidak mungkin tetapi itulah realitinya. Bagi saya, berat 58 kg adalah cengkung (sangat kurus),” katanya lagi.

Sebelum ini, isteri aktor Farid Kamil itu pernah memaklumkan selera makan meningkat antara sebab utama berat badannya naik mendadak.

Disebabkan itu, bentuk fizikalnya turut mengalami perubahan sehingga ramai menyangkakan dia sedang berbadan dua. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok