‘Saya tak pernah paksa, itu pilihan Umai’ – Siti Saerah

SETIAP apa yang Umai buat atas minat dan keinginan dia sendiri.”

Demikian respons adik kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza, Siti Saerah apabila didakwa terlalu memaksa anak untuk menjadi penyanyi.

Tampil manfikan tuduhan tersebut, Siti Saerah menegaskan, sebagai ibu dia hanya menyokong minat anak perempuannya itu.

Malah pemilik nama penuh Siti Nursairah Tarudin itu berkata, apa yang dilakukan anaknya, Umai atau Ummi Umairah adalah atas kerelaan sendiri untuk pergi jauh dalam arena nyanyian.

Saya sebagai ibu hanya memberi sokongan yang terbaik untuk dia.

“Saya tak pernah paksa anak-anak saya. Insya-Allah semua ini untuk masa depan dia.

“Jangan risau Umai masih lagi enjoy dengan apa dia buat,” ujarnya menerusi sebuah video dalam TikTok bagi menjawab dakwaan tidak berasas itu.

Sebelum itu, Sairah berkongsi video dalam TikTok memaparkan anak perempuannya berusia 13 tahun itu mengikuti kelas vokal sebagai persediaan untuk berentap di pentas akhir pertandingan World Championship of performing Arts (WCOPA).

Tanpa dijangka, video tersebut dikecam netizen yang menzahirkan rasa simpati terhadap remaja terbabit yang menangis ketika latihan vokal apabila terlalu tertekan.

“Saya sendiri kadang-kadang kasihan tengok Umai, ibu bapa dia macam terlalu paksa sangat dia jadi penyanyi. Konon mahu menjadi macam ibu saudaranya Apa pun semoga berjaya Umai,” komen netizen berkenaan

“Jangan tekan sangat anak tu Saerah, bagi dia rasa seronok menjadi penyanyi, bukan hanya disebabkan nak jadi macam TokTi atau sekadar teruskan hasrat ibunya yang kempunan ingin popular,” demikian komen pengguna TikTok.

Terdahulu, video nyanyian Umai tular dalam media sosial apabila berjaya memikat hati juri ketika di peringkat suku akhir dengan alunan merdu menerusi lagu bahasa Mandarin, Zheng Fu.

Pada peringkat akhir, Umai membawa lagu Hurt dan berjaya mendapat tempat kedua sekali gus layak untuk menjadi sebahagian daripada wakil Malaysia ke WCOPA 2024 di Los Angeles, Amerika Syarikat. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok