NAMA Dini Schatzmann sekali lagi menjadi sebutan ramai dalam kalangan netizen kerana melakukan peranannya sebagai seorang suami dengan baik.
Semuanya gara-gara video memaparkan Dini berkongsi pengisian khutbah Jumaat kepada Janna Nick baru-baru ini.
Perkara tersebut membuatkan ramai kagum kerana Dini mampu mengingati setiap perkara yang terdapat dalam sesi khutbah tersebut.
“Bagus Dini ingat semua dan kongsi kepada isteri. Kalau aku, memang ‘menggagau’ nak ingat balik.
“Saya juga selalu bertanya pada suami tentang khutbah Jumaat dan dia terangkan secara terperinci seperti Dini. Seronok ya ada suami seperti mereka,” komen netizen.
Bukan itu sahaja, kebanyakan netizen juga memuji sesi perkongsian khutbah Jumaat tersebut kerana dilihat sebagai teknik komunikasi yang bagus dalam hubungan suami isteri.