Ramai marah Alya Iman jadi penyondol

SELEPAS mengumumkan sudah tidak lagi berhijab, nama Alya Iman semakin hari semakin dikenali ramai.

Tidak keterlaluan jika Diva katakan Alya antara pelakon baru yang laris kerana wajahnya kerap membintangi drama-drama popular.

Meskipun tidak memegang watak utama, kebanyakan lakonannya memberi impak. Contohnya dalam dalam Layang-Layang Perkahwinan, dia memegang watak penyondol bernama Tsuraya.

Baru sahaja tayang beberapa episod, ramai sudah mula geram dengan Alya. Nampaknya Alya berjaya menghidupkan watak penyondol dengan cemerlang.

Walau dibenci, Alya tetap meraih pujian ramai kerana dikatakan semakin hari semakin cantik.

“Dia memang cantik sekarang. Ada iras Luna Maya.

“Harap Alya tak jadi penyondol, hanya watak sahaja ya,” komen netizen.

Namun, di sebalik pujian ramai, ada juga yang kurang senang dengan beberapa babak lakonannya yang dikatakan persis soft porn bersama Shukri Yahaya dalam drama itu.

Harap setiap pelakon teliti dahulu skrip sebelum terima sebarang tawaran. Jangan main ‘sauk’ sahaja dan apabila dikecam, marah pula.

DIVA: Suara sedap, rupa pun ada tapi pelik kenapa Wani Kayrie masih kurang popular.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok