Ramai jatuh hati nama klasik anak Loque

TIADA angin tiada ribut, tiba-tiba nama empat anak penyanyi, Loque serta isterinya, Dahlia Nadirah tular dan menjadi sebutan ramai dalam media sosial.

Rata-rata memuji pemilihan nama empat anaknya iaitu Anggerik Dang Jelita, Seroja Dewi Harapan, Melor Pelangi Merdu dan Gema Lela Bimasakti yang dianggap sangat klasik dan unik.

“Sedap sangat nama anak-anak Loque. Sangat vibe Melayu klasik!

“Nanti kalau ada anak, nak guna nama Melayu klasik dan jenis bunga jugalah. Tak mahulah nama moden,” puji netizen.

Selain pujian, ramai juga netizen turut berkongsi keunikan nama anak masing-masing dalam ruangan komen video yang ditonton lebih 800 ribu pengguna TikTok.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok