Orang ‘cucuk’ isteri Shukri Yahaya lepas isu ‘soft porn’

PELAKON Shukri Yahaya mengakui dihimpit perasaan bersalah terhadap isterinya, Tya Adnan selepas melakonkan adegan ‘bilik air’ bersama Alya Iman.

Kata pemilik nama sebenar Mohd. Shukri Yahaya itu, dia akan lebih mengutamakan sensitiviti insan tersayang mahupun penonton dengan lebih berhati-hati menjayakan sesuatu babak lakonan.

“Nak kata isteri saya okey dengan adegan antara saya dengan Alya Iman itu tidaklah, saya sendiri pun macam ‘alamak, mesti isteri aku akan terasa ni buat babak ini’. Saya memang rasa bersalah.

“Saya terus maklumkan pada dia mengenai perkara tersebut, tambahan pula itu adalah hari pertama penggambaran bagi drama bersiri 28 episod terbabit, masing-masing ikut skrip saja.

“Apa pun saya lega isteri sangat memahami, tapi selepas ini saya akan sentiasa menjaga perasaan dan sensitiviti semua pihak,” katanya kepada Kosmo! Online.

Pada masa sama, aktor yang membawakan karakter suami narsistik bernama Azim Hisbullah dalam naskhah Layang-Layang Perkahwinan itu pelik dengan tindakan segelintir individu yang menjadi batu api apabila menghantar pautan video kepada isterinya.

Shukri tertanya-tanya motif sebenar pihak terbabit yang seakan-akan sengaja menangguk di air keruh, namun percaya tindakan sedemikian bagi mencetuskan kemarahan Tya.

“Ketika babak tersebut ditularkan, saya dan Tya tidak bertelagah kerana isteri saya sejak dahulu lagi memilih untuk tidak menonton drama lakonan saya.

Tapi ada juga segelintir pihak cuba melakukan provokasi dengan menghantar klip video tersebut ke akaun media sosial Tya.

“Mujur dia positif dengan tidak menjadikan hal sebegitu sebagai isu,” ujarnya ketika ditemui selepas pelancaran Layang-Layang Perkahwinan, baru-baru ini.

Sebelum ini video tular adegan antara Azim yang juga sebagai suami kepada Saida Amanda (Ezzanie Jasny) sedang mandi sebelum didatangi kekasih gelapnya, Tsuraya (Alya). –  HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok