Nora Danish, anak bujang dah macam adik, kakak

PEJAM celik dah besar panjang anak bujang pelakon jelita Nora Danish iaitu Putra Rayqal Ramli.

Sekarang usianya sudah pun mencecah 15 tahun. Menerusi perkongsian Nora dalam Instagram, dia berkongsi ucapan penuh kasih sayang untuk anaknya bersempena hari lahir Rayqal 7 Januari lalu.

Dalam ucapannya, Nora berharap agar Rayqal  sentiasa diberikan kesihatan yang baik.

Biasalah, doa mak-mak untuk anaknya. Sama macam ibu-ibu yang lain. Tumbuh sihatnya Rayqal, remaja itu kelihatan sangat tinggi. Malah, ketika berdiri di sebelah ibunya yang jelita, Nora hanya berada pada paras bahu Rayqal sahaja.

Menerusi beberapa keping gambar dikongsikan, Nora tidak ubah seperti kakak kepada anak sendiri.

Untuk pengetahuan semua, Nora sekarang dah masuk usia 42 tahun ya!

Walaupun anaknya semakin dewasa, dia tetap menganggap remaja itu macam baby!

DIVA: Boleh pula tuduh pelakon Adam Corrie makan daging khinzir? Netizen oh netizen!

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok