SEKALI lagi, pengacara cantik, Hawa Rizwana menjadi sorotan netizen apabila mengenakan hijab namun menampakkan bahagian lehernya.
Menerusi perkongsian dalam Instagram, pemilik nama Hawa Rizwana Ahmad Redzuan itu memuat naik beberapa keping foto sedang bercuti di Korea Selatan.
Apa yang menarik perhatian adalah cara pemakaian tudung yang dipadankan dengan topi beret berwarna hitam menunjukkan sebahagian daripada leher.
Rata-rata netizen tidak gemar melihat gaya hijab yang dikenakan anak kelahiran Illinois, Amerika Syarikat itu kerana pada awal penglibatan dalam industri dia kelihatan sangat menjaga imej Muslimah.
“Hawa, pakai tudung elok-elok macam pakai dulu. Jangan ikut fesyen tidak Muslimah begini,” nasihat peminat.
“Maaf cakap, tidak perlu pakai tudung begitu. Kekalkan seperti sebelum ini lebih cantik,” ujar pengikut.
Dalam masa sama, hos berusia 28 tahun itu ditempelak selain tindakannya disifatkan sebagai petanda ke arah menanggal hijab seperti segelintir artis wanita lain.
“Sudah mula pakai tudung begitu, lama-lama takut tanggal terus selepas ini,” kata netizen.
“Lama-lama free hair (tanggal tudung) saya rasa. Malu sangatkah pakai tudung di luar negara?,” marah netizen lain.
Ini bukan kali pertama pengacara berusia 28 tahun itu dikecam mengenai gaya pilihan termasuk baju dikenakan.
Sebelum ini, pengacara MeleTOP itu pernah dikecam apabila tampil berpakaian sendat, sekali gus dikatakan tidak sesuai dengan imej berhijab.
Dia juga pernah dikritik kerana mengenakan pakaian sukan terlalu ketat ketika melakukan aktiviti berbasikal.- HIBGLAM