Nabila Razali makin kelakar!

MASIH menikmati tempoh bulan madu selepas dua bulan bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan, apa sahaja perkembangan Nabila Razali atau Bella tetap menjadi perhatian.

Setiap kali memuat naik perkongsian dalam laman sosial, penyanyi yang dikenali dengan sifat manja itu sentiasa tampil dengan karakter lucu.

Terbaharu, suri hati Nik Iruwan itu berkongsi video mengikuti trend yang popular dan tular masa kini.

Berbeza dengan orang lain, Nabila membuat video itu dengan bersungguh-sungguh termasuk menunjukkan ekspresi wajah comelnya.

Tidak hairan klip berkenaan meraih pujian ramai dengan rata-rata menyifatkan Nabila yang juga pelakon itu sebagai individu sarat sifat humor. Kata netizen, selebriti kesayangan mereka itu semakin kelakar sejak kahwin. 

Nampak tak, orang bila bahagia memang suka berjenaka. Betul tak?

Mizz Lahar: Seorang artis takut nak kahwin sebab takut saham jatuh.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok