389
MENGAKUI masih belum dapat melupakan kisah cinta lama, Brian Joo bagaimanapun menzahirkan rasa gembira dan syukur apabila bekas teman wanitanya yang juga seorang pelakon sudah dimiliki orang lain.
Hakikat yang pahit untuk ditelan, penyanyi tampan itu bagaimanapun mendoakan yang terbaik untuk wanita yang pernah hadir dalam episod bahagia hidupnya sebelum ini.
Bekas teman wanita saya telah berkahwin, saya doakan terbaik untuk dia. Moga lelaki yang dipilih mampu buat dia bahagia.
“Sejujurnya saya pernah terserempak bekas teman wanita saya di sebuah stesen penyiaran.
“Saya menyapanya untuk mengucapkan tahniah tetapi dia memberi respons seolah-olah tidak kenal saya. Tidak mengapa, masing-masing sudah ada kehidupan baharu,” ujarnya. – HIBGLAM