Misi ‘rahsia’ Shin Seung-hwan, Lim Ju-hwan

PELAKON Shin Seung-hwan dan Lim Ju-hwan baru-baru ini menjalani penggambaran secara rahsia untuk sebuah drama jenayah British berjudul Gangs Of London musim ketiga.

Pembabitan dua bintang Korea Selatan itu dalam drama luar negara berdasarkan aura luar biasa mereka menerusi Project Wolf Hunting.

Menerusi drama yang memaparkan pergelutan kumpulan-kumpulan samseng dari pelbagai negara tersebut, Seung-hwan dan Ju-hwan berpeluang menonjolkan kehebatan aksi pertarungan mereka.

Difahamkan Gangs Of London musim ketiga merupakan produksi berbajet besar dengan kos 100 bilion won (RM37 juta). – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok