Minji biadab dengan peminat

DIDAKWA bersikap biadab dengan peminat ketika muncul menerusi siaran langsung dalam media sosial miliknya baru-baru ini, anggota kumpulan NewJeans, Minji tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.

Penyanyi jelita itu meluahkan rasa kesal apabila dikatakan menggunakan tona suara tidak sesuai dan menunjukkan sikap kurang senang ketika menjawab soalan peminat yang menggelarkan diri mereka sebagai Bunnies.

Menjelaskan insiden tersebut, gadis berusia 20 tahun itu jelaskan, dia cuba berbual secara santai namun provokasi sesetengah pengikut membuatkan dia hilang pertimbangan.

Minji sebelum itu mengakui tidak pernah mendengar atau mencuba sejenis hidangan popular Korea Selatan iaitu kalguksu yang menimbulkan rasa kurang puas hati dalam kalangan peminat.

“Mungkin silap saya tersalah dengan intonasi suara yang tak sepatutnya. Jika diasak soalan panas bertalu, tentunya saya juga naik angin.

Tetapi saya sudah menyesal sekarang, saya mohon maaf kepada semua peminat yang berkecil hati,” ujarnya menerusi satu kenyataan.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok