Menawan! Ameera Khan persis wanita Arab

NAMA Ameera Khan iaitu adik kepada selebriti, Neelofa tidak pernah sepi daripada menjadi bahan bualan ramai dalam media sosial.

Terbaharu, tular pula beberapa videonya ketika berada di Tanah Suci Mekah bagi menunaikan ibadah umrah baru-baru ini.

Namanya tular dalam TikTok disebabkan video memaparkan dia berbual mesra dengan beberapa wanita berbangsa Arab.

Kata netizen, mereka hampir tidak dapat mengecam Ameera kerana kelihatan sama sehingga ramai menyangka dia wanita berbangsa Arab.

“Cantiknya Ameera, ingatkan tadi wanita berasal dari Arab.

“Manis betul bertudung. Harap hati Ameera terbuka kembali untuk bertudung,” kata netizen yang tak berhenti berdoa perkara tersebut. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok