Mahu tunai haji tahun ini – Ella

Insya-Allah, kalau diberikan rezeki dan umur yang panjang, saya ingin mengerjakan haji di Tanah Suci Mekah tahun ini.”

Demikian perkongsian ratu rock negara, Ella mengenai impiannya sempena kehadiran tahun baharu.

Kata pemilik nama sebenar Nor Zila Aminuddin, 57, beberapa perancangan lain membabitkan kerjaya seni turut berada dalam senarai teratasnya bagi 2024.

Mengenai lagu baharu pula, kalau boleh memang saya ingin keluarkan secepat mungkin,” katanya dalam Instagram.

Pada masa sama, penghibur kesayangan ramai itu menitipkan pesanan kepada peminat agar berwaspada dalam situasi semasa terutama penularan semula Covid-19.

Covid-19 bukanlah sesuatu yang baharu buat kita. Hati-hati apabila berada di tempat ramai orang. Pakai pelitup muka dan jaga kesihatan selalu.

“Kalau boleh elakkan keluar terlalu kerap kecuali untuk hal yang penting sahaja,” ujarnya.

Penyanyi itu kini rancak melakukan persiapan terakhir Konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota di Kota Kinabalu, Sabah pada 20 Januari ini.

Bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), persembahan mega itu adalah siri keempat jelajahnya selepas kejayaan konsert sama di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Singapura.

Terdahulu, siri jelajahnya meraih pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBR) sebagai konsert paling laris dengan jualan 10,000 tiket dalam tempoh 24 jam. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok