INGAT semua barang dibeli pakai duit suami ke?”
Itu respons aktres Datin Intan Najuwa yang berang apabila ada segelintir netizen mendakwanya semakin riak dan angkuh selepas mengahwini lelaki kaya.
Tegas Intan atau nama penuhnya, Intan Najuwa Abdul Wahid, 27, bukan semua barangan mewah yang dimilikinya adalah pemberian suami tercinta, Datuk Ahmad Azraf Azman kerana dia juga mampu membelinya sendiri.
Maafkan saya, ini saya beli menggunakan duit sendiri.
“Ingat semua barang dibeli pakai duit suami ke?” katanya dalam ruangan komen.
Respons balas tersebut dilontarkan bintang drama Kekasih Paksa Rela itu selepas seorang individu kurang senang melihatnya berkongsi membeli barangan jenama mewah Hermas untuk kegunaannya ketika menunggang kuda.
Dia ini bangga sangat kawin dengan lelaki kaya. Riak sungguh,” kata individu tersebut.
Sementara itu, netizen lain pula teruja apabila seekor kuda dipakaikan produk jenama paling mewah di dunia.
“Seronoknya jadi kuda itu sebab boleh pakai Hermes.
Ini kaya tahap lain. Netizen kalah dengan kuda,” seloroh segelintir individu.
Sebelum ini, Intan sering menuai perhatian ramai dalam media sosial dengan pelbagai perkongsian memaparkan kehidupan mewahnya.
Antaranya ialah Azraf pernah ‘mengangkut’ sebuah lori dipenuhi kuda di New Zealand tahun lalu.
Terdahulu, Intan selamat mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan berkenaan pada 24 Ogos tahu ln lalu di Desaru, Johor.
Intan turut menerima mas kahwin sebanyak RM20,000 dan wang hantaran berjumlah RM222,000. – HBGLAM