Lisa belajar bahasa Perancis kerana kekasih?

SETIAP individu pasti ada azam tahun baharu, begitu juga penyanyi kumpulan Blackpink, Lisa yang bersungguh-sungguh mendalami bahasa asing.

Katanya, keinginan untuk mempelajari bahasa kedua sangat tinggi, terutama bahasa Perancis.

Saya mahu belajar dan fasih bertutur dalam bahasa lain terutama bahasa Perancis,” katanya ketika ditemu bual media Taiwan.

Pendedahan tersebut membuatkan peminat beranggapan bintang kelahiran Thailand itu mahu lebih mudah berkomunikasi dengan kekasihnya, Frederic Arnault.

Lisa bagaimanapun menepis dakwaan tersebut dengan menjelaskan usaha itu dilakukan demi anak saudaranya.

Anak saudara saya tidak boleh berbahasa Thai dan hanya bercakap dalam bahasa Perancis.

“Jadi, saya perlu belajar bahasa Perancis untuk berkomunikasi dengannya,” kata Lisa. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok