Lee Sung-kyung sumbang RM350,000 ke pusat trauma

BERMINAT dengan penjagaan pesakit trauma selepas terlibat dalam drama perubatan, pelakon Lee Sung-kyung telah menderma sekitar RM350,000 kepada Hospital Universiti Dankook demi menghargai tugas berat digalas barisan pakar perubatan.

Menurut aktres jelita itu, dia jatuh cinta dengan dunia perubatan terutama bahagian penjagaan trauma.

“Melalui penglibatan saya dalam drama perubatan baru-baru ini, saya jadi mula minat dalam penjagaan trauma, satu aspek penting dalam perkhidmatan perubatan. Saya juga mula faham bahawa tanggungjawab yang digalas pakar perubatan bukan mudah.

“Saya secara tidak langsung mengalami realiti penjagaan trauma di Korea dan menyumbang dalam cara yang kecil untuk kemajuan bidang perubatan, terutamanya dalam menyelamatkan pesakit trauma.

“Dana yang saya sumbangkan akan digunakan untuk meningkatkan dan mengembangkan infrastruktur perubatan pusat trauma serantau di Hospital Universiti Dankook, moga-moga memberi manfaat kepada semua orang,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Ini bukanlah kali pertama pelakon tinggi lampai itu memberi sumbangan, sebelum ini dia telah menyalurkan derma bagi bantuan bencana termasuklah Covid-19, kebakaran hutan dan banjir selain inisiatif menyokong ibu tunggal serta keluarga berpendapatan rendah. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok