Ledakan Cinta Bersemi di Wadi Safiyyah

MINGGU ini, media sosial khususnya aplikasi TikTok dibanjiri dengan sedutan drama terbaharu TV3 bagi slot Akasia, Cinta Bersemi di Wadi Safiyyah.

Drama yang mula bersiaran sejak 9 Januari lalu itu membariskan pelakon hebat seperti Rita Nadira, Aniq Suhair, Zamarul Hisham dan Aidit Noh.

Mengisahkan tentang Dania lakonan Rita ditempatkan di sebuah pusat perlindungan gadis bermasalah, Wafi Safiyyah kerana hamil anak luar nikah dan di situlah dia bertemu dengan Iqbal (Aniq) sebelum kisah cinta antara mereka berputik.

Naskhah yang diangkat daripada novel Aku Cinta Dia (Sharifah Abu Salem) dan diarahkan oleh Shuhaimi Zulkefli itu kini sudah membuatkan ramai jatuh hati dengan jalan ceritanya ditambah lakonan hebat para pelakon.

“Macam klise tetapi lepas tengok episod pertama terus jatuh hati, lakonan Rita, Zamarul memang sentiasa hebat.

“Comel Aniq jadi watak lelaki alim. Jalan cerita yang mantap,” kata netizen. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok