Langkah bergaya NewJeans

PERMULAAN tahun baharu yang baik buat kumpulan NewJeans apabila menjadi kumpulan wanita Korea Selatan terpantas mencapai dua juta unit penjualan dalam masa hampir dua tahun debut.

Menurut agensi pengurusannya, album terbaharu NewJeans berjudul Get It dilancarkan pada Julai tahun lalu terjual sebanyak lebih dua juta unit sehingga Disember, sekali gus mengukuhkan kedudukan mereka di arena seni.

Album tersebut juga menyaksikan 1.65 juta salinan terjual pada minggu pertama, sekali gus mencatat jualan debut kedua tertinggi dalam sejarah untuk artis K-Pop wanita.

Pencapaian cemerlang NewJeans juga dikatakan impak daya tarikan dan keunikan yang ada pada setiap ahli kumpulan itu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok