Lagu Benci ‘meledak’ dalam TikTok

KONTROVERSI yang dicetuskan Fatiya Latiff baru-baru ini turut meledakkan single baharunya berjudul Benci dalam TikTok.

Lagu berdurasi selama tiga minit itu turut menampilkan rapper Txhanxn dan dilancarkan sekitar November tahun lalu.

Disebabkan ceritanya sedang hangat diperkatakan, rata-rata netizen berpendapat lirik Benci sangat ‘kena’ dengan situasi yang berlaku ketika ini.

Tidak kurang juga berpendapat Fatiya tidak sesuai menjadi penyanyi kerana tidak berbakat.

“Memang sesuai betul lirik dan tajuk lagu dengan kisah panas Fatiya tapi entah kenapa rasa semakin benci pula.

“Suara tak sesuai jadi penyanyi. Harap kontroversi yang dia buat sebelum ini bukan gimik untuk promosi lagu,” kata segelintir pengguna TikTok.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok