TIADA angin tiada ribut bahkan tiada langsung kemas kini menerusi laman media sosialnya, penyanyi Kevin Oh rupa-rupanya telah memulakan latihan ketenteraan bulan lepas.
Menurut sebuah laporan media, jejaka tampan itu sudah pun menyertai latihan tentera bulan lalu dan mula berkhidmat dalam perkhidmatan mandatori selepas melepaskan kerakyatannya di Amerika Syarikat dan kini berwarganegara Korea Selatan.
Penyanyi tinggi lampai itu akan ditugaskan semula ke pangkalan tentera usai menjalani latihan asas selama lima minggu.
Rata-rata netizen menzahirkan rasa terkejut malah ada yang berkecil hati apabila idoa pujaan mereka itu pergi tanpa memaklumkan apa-apa.
“Saya doakan yang terbaik untuk oppa (abang), sampai hati awak tidak beritahu peminat tentang perkembangan awak,” komen peminat itu.
“Hilang begitu sahaja dan tiba-tiba masuk tentera tanpa beritahu kami semua? Adakah kami peminat bukan sesiapa dimata awak?” sinis seorang lagi peminat.