261
AKTRES Han So-hee mendedahkan punca utama tidak melanjutkan pengajian di Paris suatu ketika dahulu.
Katanya, sekiranya ingin mendapatkan visa ke Paris, dia sekurang-kurangnya harus memiliki wang berjumlah RM213,000 dalam akaun bank.
“Bagi mendapatkan visa untuk belajar di Paris, saya perlu ada 60 juta won (RM213,000). Saya tidak ada duit sebanyak itu dan perlu berkerja.
Saya mula bekerja di kelab malam, model sambilan dan ditawarkan iklan televisyen. Akhirnya saya berjaya mengumpul 20 juta won (RM70,000)
“Jadi saya fikir akan merakam tiga iklan dan sambung belajar di Paris, tetapi akhirnya saya di sini (berlakon) apabila semakin banyak menerima tawaran sebagai pelakon,” akuinya.