Karya Jungkook gegarkan Amerika Syarikat

TERUS melakar kejayaan, anggota kumpulan BTS, Jungkook sekali lagi mencipta rekod dalam sejarah muzik antarabangsa menerusi carta Billboard Amerika Syarikat.

Menurut data carta tersebut, album solo Jungkook berjudul Golden telah mendapat tempat ke-28 dalam carta Billboard 200 sekali gus mengekalkan kedudukannya selama sembilan minggu berturut-turut seterusnya menundukkan artis antArabangsa  lain.

Pencapaian mengagumkan itu mengukuhkan Golden sebagai album solo K-Pop yang paling lama mencatatkan carta dalam ‘Billboard 200’ setakat ini.

Tidak hanya itu, lagu utama dalam album, Standing Next to You juga telah mencapai kejayaan membanggakan dengan mendaki 27 anak tangga untuk berada di kedudukan ke-70 dalam carta ‘Hot 100’ minggu ini mengalahkan Selena Gomez dan Billie Eilish.

Dengan kejayaan tersebut, tidak dapat disangkal lagi bahawa pengaruh dan populariti idola kacak itu sememangnya telah ‘mendunia’ mengatasi majoriti idola lain seusianya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok