483
NAMA pelakon Kang Kyung-Joon terus dikecam khalayak apabila bukti kukuh yang mendakwa dia menjalin hubungan dengan wanita berstatus isteri orang telah tersebar.
Menerusi perbualan yang tular itu, aktor berusia 41 tahun itu dikatakan berbalas mesej dengan wanita berkenaan menerusi aplikasi Telegram dan antara mesej yang dihantar adalah ungkapan mesra seperti ‘saya rindu awak’ dan ‘saya mahu memeluk awak’.
Bukti berkenaan telah mencemarkan nama Kyung-joon yang sebelum ini berani mati menafikan
tindakan terkutuk itu seolah-olah dirinya berada di pihak yang benar.
Tidak kuat berdepan cacian netizen serta menanggung aib, pelakon tinggi lampai itu mengambil keputusan untuk menyahaktif semua akaun media sosial miliknya – HIBGLAM