Ji Soo tinggalkan YG, masuk agensi abang?

KECOH dalam media sosial apabila anggota kumpulan Blackpink, Jisoo didakwa tidak lagi bernaung di bawah YG Entertainment sebaliknya memutuskan untuk bergerak secara solo di bawah pengurusan agensi abangnya.

Menurut sebuah laporan, penyanyi berusia 28 tahun itu telah menandatangani kontrak dengan agensi abangnya, Blissoo dan akan memulakan segala aktiviti promosi dan hasil kerjanya di bawah agensi tersebut.

Blissoo ialah syarikat permulaan hiburan spinoff di bawah Biomom, Inc. kelolaan abang Jisoo selaku Ketua Pegawai Eksekutif.

Bagaimanapun, wakil dari Biomom, Inc. menafikan khabar angin tersebut, namun pada masa sama enggan memberikan komen lanjut mengenai isu berkenaan.

Setakat ini, baik YG Entertainment mahupun pihak Jisoo sendiri belum mengeluarkan apa-apa kenyataan bagi menjawab segala dakwaan yang dilemparkan terhadap mereka.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok