Jennie nekad berdikari

DILABEL tidak mengenang budi selepas memutuskan untuk menguruskan karier solo di bawah agensi sendiri, anggota kumpulan Blackpink Jennie enggan ambil peduli, malah menegaskan dirinya berbuat demikian kerana ingin belajar berdikari.

Tegas Jennie, agensi baharunya iaitu Odd Atelier dikhususkan untuk mengurus kegiatan peribadinya sahaja, manakala aktiviti berkumpulan masih diuruskan YG Entertainment.

Aktiviti kumpulan Blackpink akan terus dikelola agensi sama, cuma karier solo sahaja akan diuruskan agensi baharu. Itu yang kalian harus faham.

“Bukan tidak sedar diri tetapi saya menginginkan kebebasan untuk berkarya dalam karier solo.

Mencuba perkara baharu itu sangat menarik dan tidak salah rasanya.

“Saya rasa sudah tiba masanya untuk saya berdikari dan bebas menentukan karier solo saya tanpa rasa diikat mana-mana pihak,” ujar Jennie menerusi satu kenyataan.

Sebelum ini, Jennie mengumumkan penubuhan syarikat sendiri, Odd Atelier untuk menguruskan kerjaya seni solo.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok