Jangan permainkan hati Boboy

SEKITAR 23 tahun lalu, hadir sebuah kumpulan muzik yang dianggotai empat remaja bagi mewarnai persada industri muzik tanah air.

Pada usia belasan tahun, kumpulan dianggotai Naqiu selaku vokalis dan tiga pemuzik lain iaitu Didi, Shah serta Dzul berjaya menambat hati penggemar muzik dengan lagu-lagu ‘membuai’ jiwa.

Antara lagu yang sering meniti di bibir peminat adalah seperti Episod Cinta, Janji Seorang Kekasih, Berakhir Episod Cinta dan Demi Masa.

Berselang masa berlalu, kumpulan yang dinamakanBoboy itu tetap ada. Meski tidak lagi seaktif dahulu, penggemar setia mereka tetap tumbuh dan tangguh.

Naqiu sendiri masih aktif di pentas persembahan. Selepas membuat kemunculan semula menyertai program, Gegar Vaganza musim keenam (GV6)

Pada tahun 2019, sekali dinobatkan sebagai juara, berkongsi kemenangan dengan penyanyi asal Singapura, Hardy Mirza.

Dilihat sering bergerak solo, namun Naqiu tidak pernah sesekali melupakan Boboy, malah masih menganggap kumpulan itu penting dalam hidupnya.

Boboy sudah wujud sejak 2001 lagi. Jangan main-main, sebab Boboy sangat bermakna dalam hidup saya,” tegasnya.

NAQIU selepas dijanjikan dengan tawaran mengadakan konsert bersama Boboy, namun sekadar janji kosong.

Kata pemilik nama lengkap Wan Naqiuddin Mohd. Najib itu, kata-kata sedemikian terbutir dek kekesalan dengan sikap seorang penganjur yang telah beberapa kali menabur janji kosong untuk mengadakan konsert bersama kumpulannya.

Sejak 2022 lagi, dia telah dijanjikan bulan dan bintang pihak terbabit untuk mengadakan konsert istimewa bersama

Boboy, namun sehingga kini tidak membuahkan sebarang hasil.

“Ada seorang penganjur datang untuk berjumpa dengan saya dan berbincang tentang konsert bersama Boboy. Bukan sekali, tetapi sebanyak 10 kali sejak 2022.

Walaupun sudah banyak kali berjumpa dan berbincang tentang tarikh, namun semuanya hanya janji kosong. Rasanya saya hanya jumpa dia untuk buat kemunculan percuma sahaja.

“Penganjur itu hanya memberi janji palsu. Saya dapat rasakan tujuannya hanya untuk berjumpa dengan saya sahaja.

“Dia ‘pancing’ saya dengan alasan untuk berbincang tentang konsert bersama Boboy. Bila berjumpa, banyak berbual tentang hal lain,” ujarnya kecewa.

Berasa seolah-olah tertipu, Naqiu mengakui sudah tawar hati dengan pihak terbabit dan pasti akan menolak permintaannya untuk berjumpa lagi selepas ini.

Lama-lama saya jadi tawar hati. Kalau dia hendak jumpa lagi selepas ini, saya akan tolak,” katanya.

Kata Naqiu, apabila melibatkan Boboy, dia sangat serius dan teliti mengetahui setiap perancangan muzik mereka.

“Sudah tentu saya mahukan sebuah konsert bersama Boboy. Sebab itu jika ada penganjur yang berminat, saya tidak kisah untuk ‘turun padang’.

“Tapi jika melibatkan persembahan solo, saya akan serahkan sepenuhnya kepada pihak pengurus. Saya bukannya minta bayaran terlalu tinggi atau layanan istimewa,” katanya.

Baca artikel penuh menerusi akhbar Kosmo! atau layari Kosmo! Online. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok