Jang Yu-bin jual hadiah peminat

MENJUAL semula hadiah yang diberi peminat! Itu tindakan anggota kumpulan Mirae, Jang Yu-bin yang terusk dikecam, selain disifatkan tidak pandai menghargai pemberian orang.

Semuanya berbangkit apabila seorang peminat idola tersebut tampil mendedahkan penyanyi berusia 20 tahun itu menjual hadiah yang diberinya dalam platform jual beli atas talian.

Lebih teruk, akaun tersebut adalah asli dan mempunyai lambang verified yang sememangnya milik Yu-bin.

Menerusi hantaran dalam platform jual beli tersebut, Yu-bin menulis seolah-olah dia membeli sendiri barang berkenaan di Jepun dan sudah tidak lagi mahu digunakan.

Teruk dihambur caci maki, jejaka tinggi lampai itu tampil memohon maaf secara terbuka dan menjelaskan bahawa dia cuba menjual hadiah itu kerana tidak mahu meminta wang daripada ibu bapanya.

“Ya memang saya jual hadiah kalian bagi, saya minta maaf, saya berbuat demikian kerana tidak tidak mahu meminta wang dan menyusahkan ibu bapa saya,” jelasnya kesal.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok