330
Sepi tanpa khabar berita, bekas anggota kumpulan TO1, J.You mengejutkan peminat apabila mengumumkan dirinya kini sedang menjalani latihan ketenteraan.
Ujar penyanyi raut tampan itu, dia sudah dua bulan berada dalam kem latihan tentera dan memilih untuk merahsiakan pada awalnya kerana tidak mahu peminat bersedih.
“Sejak awal Disember tahun lalu, saya telah mendaftar dalam tentera untuk memenuhi tanggungjawab kepada negara.
“Saya pasti anda terkejut dengan berita ini, saya sengaja tidak beritahu awal kerana tidak mahu kalian bersedih,” ujarnya dalam satu temu bual.