Isu notis bankrap Che Ta serah pada ejen cukai

PELAKON dan usahawan Rozita Che Wan atau Che Ta memilih untuk menyerahkan isu notis bankrap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Malaya Shah Alam atas namanya kepada ejen cukai.

Notis bankrap yang dikeluarkan atas namanya telah disiarkan di ruangan iklan akhbar Utusan Malaysia pada 23 Januari lalu berhubung kegagalannya menyelesaikan hutang cukai terhadap Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).

Saya perlu merujuk perkara ini (notis kebankrapan) kepada ejen cukai yang dilantik kerana saya memang tidak tahu-menahu.

“Sejujurnya saya agak terkejut kerana selalunya notis seperti ini pihak saya akan dapat terlebih dahulu,” ujar Che Ta.

Tambah Che Ta atau nama sebenarnya Rozita Abu Bakar, 51, sebagai pembayar cukai dia tidak pernah lari daripada menjalankan tanggungjawabnya apabila membayar cukai peribadi hampir RM50,000 setiap bulan.

Saya memang membuat pembayaran cukai menerusi ejen cukai yang dilantik setiap bulan. Cukai syarikat pun saya bayar tetapi secara berasinganlah.

“Dahulu (2014) memang pernah ada masalah dengan cukai apabila saya ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum ke London, England. Tetapi selepas itu saya memang membayar cukai,” kata Che Ta ketika ditemui pada majlis pelancaran set Glow Edition.

Dalam pada itu, Che Ta berasa agak terkilan apabila isu berhubung notis kebankrapan ini timbul seiring dengan hari istimewa yang dinanti-nantikan iaitu pelancaran produknya Glow Edition yang mengandungi serum Cekang Jelita di bawah jenama byRCW.

“Hari ini lancar produk tetapi yang viral cerita lain pula,” ujar Che Ta. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok