Hisap rokok elektronik, Haechan diserang netizen

Gara-gara tular sebuah video memaparkan tindakan anggota kumpulan NCT, Haechan menghisap rokok elektronik sewaktu bekerja, lelaki itu dihambur caci maki netizen yang menyifatkan dirinya sebagai idola tidak bermoral.

Lebih teruk, netizen mendesak agensi yang menaungi kumpulan tersebut iaitu SM Entertainment untuk mengambil tindakan tegas terhadap artisnya.

“Tak malu ke bergelar idola tetapi hisap rokok.

“Kalau anak muda tengok dan terpengaruh bagaimana? Anda mahu bertanggungjawab atas semua itu? Dasar tidak bermoral,” komen seorang netizen.

“Entah apa motif secara berani hisap rokok elektronik tanpa sembunyi, nak tunjuk apa? Terpaling maskulin sebab hisap rokok? Fikirlah pakai otak, awak itu orang berpengaruh,” demikian komen seorang lagi netizen.

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok