‘Henti berbalah, dia bukan ‘level’ awak’ – Tunang Anju

TUNANG kepada aktres Zarina Anjoulie, Datuk Seri Khazrul Elzy memintanya menghentikan perbalahan dengan pelakon, Fatiya Latiff yang disifatkan demi kebaikan anak cucu mereka.

Usahawan berusia 46 tahun itu berkata, bukan tahap Zarina atau mesra disapa Anju itu untuk ‘berperang’ dalam laman sosial dengan wanita yang didakwa ada masalah mental.

“Saya banyak terbaca mengenai isu yang timbul di media sosial, malah bos saya yang berbangsa Cina turut bertanya mengenai perbalahan ini.

Mohon sangat kepada tunang saya menghentikan pergaduhan kerana tidak mahu anak-anak baca pada masa hadapan, nanti cucu-cicit kita pun tahu benda dah lepas.

“Kita berhenti bukanlah bermakna kita kalah. Dia bukan ‘level’ untuk awak berlawan di media sosial. Hentikanlah pertelingahan dengan siapa nama ‘budak senget’ tu,” katanya dalam hantaran video di Instagram.

Pada masa sama, Khazrul turut meminta tunangnya bertenang menghadapi kontroversi panas selain usah lagi mengenang peristiwa yang telah lama berlalu.

Menurutnya, dia akan sentiasa berada di belakang wanita kesayangan itu biarpun sekiranya terpaksa berjuang bersama-sama di mahkamah.

“Dia nak cakap apa terpulanglah kerana apa pun, saya masih bersama awak. Tak ada siapa boleh pisahkan kita, cuma saya minta banyakkan bersolat, bersabar dan mengucap.

Biarkan saja dia, kita tunggu dia di mahkamah. Jangan dia tinggal sehelai sepinggang je tak boleh bayar saman kita. Hendak saman sehingga dia bangkrap pun tak apa.

“Tak perlu pengikut berjuta-juta kalau otak kurang bijak. Kita lupakan benda-benda yang remeh sebegini,” ujarnya.

Selepas mengimbas tindakan Fatiya terhadapnya dahulu yang didakwa sebagai hati busuk, Anju kemudian mengeluarkan kenyataanenggan meneruskan pertelingkahan mereka di media sosial.

Bekas rakan baiknya itu pada asalnya tidak puas hati Anju mencampuri urusan dengan pelakon Zahirah MacWilson, sehingga mendedahkan ‘sejarah’ lalu termasuk bersama penyanyi Ismail Izzani.

Anju juga menjadi sasaran Fatiya selepas dia mengulas mengenai kenyataan pelakon itu menyamakan Zahirah dengan bibik atau pembantu rumah. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok