Haneesya Hanee tak takut rugi sokong Palestin

Pelakon dan model berwajah eksotif, Haneesya Hanee berasa bertuah mempunyai ibu yang tertib dalam memastikan perjalanan kerjayanya teratur.

“Memang hujung minggu saya sentiasa terisi kalau tiada penggambaran pun, kebanyakan waktu saya bekerja pula memperagakan busana atau acara berkaitan fesyen.

Mungkin disebabkan sudah bergelar model sejak umur belasan tahun membuatkan saya jadi workaholic (kuat bekerja) namun masih berpada-pada agar tidak mengganggu kesihatan,” kongsinya.

Terlanjur menyentuh isu kesihatan, Haneesya juga menzahirkan rasa syukur apabila kesihatannya kini pada tahap memberangsangkan sejak menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang pada Mac tahun lalu.

HANEESYA memilih memperjuangkan nasib rakyat Palestin agar mesej disampaikan dapat mengajak lebih ramai individu lain untuk sama-sama membantah tindakan kejam rejim Zionis.

Biarpun sebelum itu hanya merahsiakan kesakitan dilalui sejak bertahun-tahun lamanya, hakikatnya dia kini sudah bebas daripada bantuan ubat penahan sakit.

“Alhamdulillah, mungkin sebab itu saya makin ligat ambil peluang berlakon dan modeling.

“Bukan bermakna dulu saya hadkan pergerakan, cuma selepas pembedahan saya sudah tak was-was ambil ‘job’ yang mencabar fizikal.

“Sebenarnya, dulu ketika masih dibelenggu skoliosis macam tiada beza pun sebab saya aktif sebagai model, pakai kasut tumit tinggi dan sebagainya sampaikan kadangkala lupa sakit.

“Sekarang apabila sudah sihat, lagi rancak saya bekerja, tetapi kena tengok kemampuan diri. Pokok pangkalnya, jangan jadikan sakit sebagai kekangan kekal hidup aktif,” ujarnya.

Bukan hanya rancak dalam arena seni, wanita yang kerap menyuarakan pandangan dalam media sosial itu juga lantang membahaskan konflik ‘berdarah’ di Palestin.

KEHADIRAN 2024 sememangnya dinantikan Haneesya untuk mengatur rentak lebih jitu sama ada sebagai aktres mahupun model komersial.

Tiada masalah menahan terik matahari untuk turun padang menyertai bantahan terhadap kekejaman Israel di Gaza, dia sedar bahawa sebagai orang terkenal dia mempunyai tanggungjawab tersendiri.

Kita ada pilihan dan saya saya tunjukkan tentangan terhadap Zionis dan sekutu mereka.

“Tolak ke tepi soal rugi terpaksa tolak ‘job’ kerana apa yang penting adalah semangat kita sesama Muslim bersama Palestin.

“Saya bersuara atas dasar kemanusiaan dan kata nista takkan menghalang suara saya untuk terus bercakap mengenai nasib rakyat Palestin,” katanya menutup bicara.

Baca artikel penuh menerusi Kosmo! Online atau dapatkan akhbar Kosmo! secara fizikal di kedai-kedai berdekatan. 

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok