‘Hampir setiap hari saya nangis’ – Shila Amzah

BARU sahaja mendedahkan dirinya kini hamil, penyanyi sensasi Shila Amzah berkongsi antara alahan atau morning sickness dialaminya ketika ini.

Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Amzah, 34, berkata, ada hari tubuhnya tidak berfungis dengan baik dan hanya melepek di atas katil.

Ada juga hari yang badan saya tidak ‘berfungsi’ dengan baik. Hilang selera makan, mual, muntah dan tidak mampu bangun dari katil.

“Saya juga menjadi terlalu beremosi, rasa hendak menangis. Hampir setiap hari saya menangis,” katanya.

Sementara itu, dia bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang banyak membantunya menempuhi fasa kehamilan ketika ini.

Alhamdulillah suami saya banyak membantu untuk saya menempuh semuanya sehingga ke saat ini.

“Tidak mudah tetapi semuanya okey,” ujarnya lagi.

Kelmarin, Shila mengesahkan dirinya kini hamil selepas lima bulan mendirikan rumah tangga dengan Ubai yang juga seorang pensohor media sosial.

Dia juga sebelum ini pernah berkongsi menghidap anxiety dan antara punca utama ialah komen negatif yang diterima daripada netizen. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok