Gila isteri orang, Kyung-joon disaman

TIADA  angin tiada ribut, pelakon Kang Kyung-joon dilaporkan bakal berdepan tindakan undang-undang selepas didakwa melakukan perbuatan sumbang terhadap seorang wanita yang sudah berkahwin.

Lebih teruk, dakwaan terhadap aktor itu dibuat sendiri oleh suami kepada wanita berkenaan.

Sebagai ganti rugi, suami mangsa menuntut bayaran sebanyak RM178,000 daripada pelakon berusia 41 tahun itu atas alasan tekanan emosi dialami isterinya.

Kyung-joon menjadi orang ketiga dalam hubungan kami walaupun dia tahu wanita itu adalah isteri saya.

“Dia melakukan perbuatan sumbang dan menyebabkan pergolakan dalam hubungan kami. Segala bukti telah dikemukakan,” dakwa lelaki tersebut.

Tidak membisu, wakil pengurusan bapa kepada dua anak itu memberitahu, pihaknya sedia maklum mengenai laporan tersebut dan akan melakukan tindakan susulan bagi menjernihkan keadaan.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok