[VIDEO] Duit simpanan Dynas Mokhar lesap, ada transaksi pelik

SAYA kehilangan hampir kesemua duit, ada transaksi pelik menggunakan mata wang negara lain.”

Demikian perkongsian pelakon Dynas Mokhtar yang mendapati wang simpanan dalam akaun bank peribadinya tiba-tiba lesap.

Kata Dynas atau nama lengkapnya Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar, perkara tersebut disedari selepas ingin membayar gaji pengurusnya.

Ketika itu, dia mendapati wujud beberapa transaksi pelik membabitkan akaun tersebut di luar pengetahuannya.

“Saya kehilangan hampir kesemua duit saya. Beberapa hari lalu semasa saya pulang ke rumah selepas menjalani penggambaran, saya mahu bayar gaji pengurus.

Ketika itu, baru saya sedar hampir semua duit saya hilang. Saya cuma ada akaun semasa iaitu debit kad tetapi tiada kad kredit.

“Apabila saya periksa kenyataan bank, ada pemindahan duit yang pelik menggunakan mata wang negara lain,” katanya menerusi Instagram semalam.

Begitupun, aktres berusia 41 tahun itu enggan berkongsi butiran lanjut mengenai bank mahupun jumlah kerugian, sebaliknya meminta orang ramai lebih berhati-hati supaya tidak senasib dengannya.

“Saya tidak boleh dedahkan lebih lanjut kerana masih dalam siasatan. Saya sudah buat laporan polis.

Ramai yang bantu saya ketika ini, doakan saya dapat kembali wang saya.

“Saya tidak mahu benda ini berlaku kepada orang lain. Sekarang bukan hanya klik pautan tetapi nombor kad debit juga perlu berhati-hati,” ujarnya lagi.

Selain itu, Dynas turut menitipkan nasihat buat semua agar memantau akaun bank masing-masing dengan lebih teliti.

Saranan saya, jangan letak duit banyak dalam kad debit sebaliknya simpan di tempat lebih selamat.

“Kalau orang tiru kad awak, habis. Ini simpanan dan itu sahaja yang ada. Kononnya tidak mahu berhutang tetapi semua wang tunai hilang,” ujarnya. – HIBGLAM

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dynas Mokhtar II (@dynasmokhtar)

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok