Dilabel bimbo, Ayda Jebat tegur netizen

BIMBO? Tidak baik cakap orang begitu.”

Demikian nasihat pelakon dan penyanyi Ayda Jebat apabila digelar ‘bimbo’ (artis kurang bijak) dan tidak layak dipopularkan kerana tiada bakat sebagai anak seni.

Sedar namanya menjadi sebutan netizen, Ayda atau nama penuhnya Nur Suhada Jebat, 32, menyelar kembali individu yang melabelnya sebagai bimbo dengan memberitahu setiap rezeki yang dimilikinya sudah diatur oleh Allah SWT.

Jaga diri dan keluarga. Esok atau lusa tidak tahu apa akan terjadi. Allah sudah tentukan rezeki masing-masing,” katanya dalam aplikasi X.

Ayda yang terkenal dengan lagu Pencuri Hati berkata demikian selepas seorang individu mempertikai sikap segelintir rakyat Malaysia suka mempopularkan artis yang tidak mempunyai bakat tetapi dipilih kerana memiliki fizikal luaran cantik seperti dirinya.

TANGKAP layar respons Ayda Jebat terhadap individu yang menggelarnya bimbo.

Pendapat tersebut mula tercetus selepas tular video penyanyi kelahiran Singapura, Aisyah Aziz mendendangkan lagu Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu nyanyian Uji Rashid.

Individu yang memuat naik perkongsian tersebut turut kecewa dan mempertikai mengapa Aisyah perlu berusaha keras dan tidak diberi peluang menempatkan dirinya dalam kalangan penyanyi hebat lain.

Perkongsian tersebut seterusnya meraih perhatian ramai malah majoriti berpendapat adik kepada penyanyi Aliff Aziz itu layak berdiri sama tinggi dengan penyanyi ternama lain kerana berbakat besar.  – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok