Dihina berwajah bibik, pengikut IG Zahirah MacWilson bertambah

SELEPAS diperlekeh wajah persis pembantu rumah atau bibik, akaun media sosial milik aktres Zahirah MacWilson dibanjiri komen netizen yang mempertahankan kecantikan dimilikinya.

Bukan itu sahaja, kebanyakan netizen turut menasihati pemilik nama penuh Nur Zahirah Macwilson Zainol Macwilson, 29, dan suaminya yang juga pelakon, Aiman Hakim Ridza tidak membalas sebarang kenyataan daripada aktres, Fatiya Latiff yang melemparkan pelbagai dakwaan dalam siaran langsungnya semalam.

“ZAHIRAH sudah cukup cantik, tak perlu balas apa-apa.”

“Zahirah dan Aiman jangan beri sebarang respons terhadap wanita itu. Biarkan dia membebel seorang diri mengutuk orang.

“Dia (Fatiya) mungkin sakit dan pastinya Aiman telah buat pilihan yang tepat (mengahwini Zahirah),” komen netizen.

Hasil tinjauan HibGlam, Zahirah dan Aiman setakat ini tidak membuat sebarang komen balas dalam akaun media sosial mereka mengenai hal tersebut.

Manakala, jumlah pengikut Instagram Zahirah juga bertambah daripada 2.4 juta kepada 2.9 juta orang dalam tempoh kurang 24 jam.

Sementara, ruangan komen beberapa hantaran Instagram milik Fatiya pula dihujani dengan respons negatif yang menyelar tindakannya memburukkan individu lain.

“Buanglah sifat cemburu dan iri hati. Tak elok untuk kesihatan diri.

“Disebabkan kenyataan semalam, saya tak mahu lagi mengikuti akaun Instagram awak,” kata netizen yang kecewa.

Semalam, Fatiya atau nama lengkapnya Nur Fathia Abdul Latiff, 36, mengejutkan ramai apabila melabel wajah Zahirah seperti pembantu rumah dan menuduh aktres itu mengambil suntikan pada bibirnya.

Fathia sebelum ini pernah menjalin hubungan cinta dengan Aiman, namun perhubungan mereka berakhir pada Disember 2015.

Aiman kemudian menamatkan zaman bujang dengan Zahirah pada 20 Februari 2020 dan mereka bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok