Cupcake Aisyah ‘sondol’ bekas kekasih Leona?

NAMA pelakon baharu, Cupcake Aisyah tiba-tiba meledak dalam media sosial apabila didakwa ‘menyondol’ bekas teman lelaki anak kepada pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona.

Perkara itu mula diperkatakan selepas Leona memuat naik sebuah video dalam TikTok seakan-akan menggambarkan hatinya retak seribu setelah mendapat tahu kawan baik sendiri bercinta dengan bekas kekasihnya selepas hubungan mereka berakhir.

Leona turut mendedahkan situasi tersebut menyebabkan dirinya trauma untuk bercinta dan mempercayai teman rapat.

Meskipun pempengaruh berumur 22 tahun itu tidak menyebut mana-mana individu, rata-rata netizen memetik nama Cupcake Aisyah memandangkan mereka pernah akrab sebelum ini.

Enggan melihat anak terus dicerca netizen, ibu kepada Aisyah, Sue Razip tampil menyelar segelintir pihak yang menghakimi anaknya itu tanpa mengetahui hujung pangkal cerita.

Malah, ibu kepada dua orang cahaya mata itu turut menafikan dakwaan mengatakan anaknya, Aisyah mempunyai hubungan istimewa dengan bekas teman lelaki Leona.

Ingatlah bahawa setiap cerita itu mempunyai dua sisi yang berlainan dan kalau anda tidak mahu atau belum mendengar penjelasan daripada dua belah pihak, jangan terlalu cepat menghukum.

“Paling utama adalah, mereka berdua tidak mempunyai hubungan istimewa pun,” ujarnya menerusi Instagram Story.

Dalam hantaran sama, Sue juga meminta orang ramai menghentikan fitnah yang dilemparkan terhadap anaknya agar tidak terpalit dengan dosa sehingga perlu merangkak mencari mereka sekeluarga di Padang Mahsyar kelak.

Jangan sampai merangkak di Padang Mahsyar minta maaf,” tegasnya.

Usaha HibGlam untuk mendapatkan penjelasan daripada kedua pihak baik Leona mahupun Cupcake Aisyah tidak berjaya apabila pihak pengurusan mereka, Xeno masih belum mahu membuat sebarang kenyataan. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok