Comelnya anak-anak Daler Yusuf

SEJAK berterus-terang mengakui sebenarnya sudah berkahwin sejak 10 tahun lalu, keluarga aktor Daler Yusuf mula menjadi perhatian ramai dalam media sosial.

Bukan itu sahaja, Daler juga semakin rajin berkongsi wajah tiga cahaya matanya dan isterinya kepada umum. Difahamkan, isterinya kini hamil anak keempat mereka.

Perkongsian Daler tentang keluarganya meraih pelbagai reaksi yang rata-ratanya memuji cara pelakon itu menjaga kehidupan privasi isteri dan anak-anak.

Terbaharu, wajah anak-anaknya turut tular dalam media sosial khususnya TikTok.

“Sangat kagum dengan cara Daler jaga privasi keluarganya. Tahniah bakal timang anak lagi, semua anak dia comel dan cantik!

“Ini sangat indah, masya-Allah,” komen aktres Emma Maembong.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok