BARANGKALI ramai tidak mengenali Natasha Sass namun hakikatnya, penyanyi berusia 23 tahun itu sudah berkecimpung dalam arena muzik tempatan sejak tujuh tahun lalu.
Seawal usia 16 tahun, bakat gadis berdarah kacukan Melayu-Jerman itu sudah dikesan, seterusnya dilamar menjadi artis rakaman bawah label antarabangsa, Universal Music Malaysia.
Biar kurang dikenali, portfolio seni si tinggi lampai itu boleh dikatakan cukup membanggakan apabila pernah berkongsi pentas dengan bintang-bintang tersohor termasuk, Bruno Mars, Usher dan penyanyi kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Selepas beberapa tahun menghilang, kini Natasha hadir dengan album terbaharu berjudul Still Standing, sekali gus bersedia untuk memeriahkan semula industri hiburan tanah air.
Natasha berkata, dia menyepi seketika dari radar arena muzik tempatan kerana menyambung pengajian di jerman.
Saya mengambil masa untuk kembali kerana mahu kumpul ilmu dalam bidang muzik. Saya tidak mahu keluar sebagai artis ‘kosong’ tanpa sebarang ilmu.
“Sebab bagi saya, untuk berada dalam industri, saya perlu bersedia kerana perjalanannya bukan mudah,” katanya.
Tambah Natasha, ketika menetap di Jerman, dia sempat mengukir nama sebagai penyanyi dengan melancarkan beberapa single.
Selain menyanyi, Natasha turut bekerja dengan produser muzik di negara itu dan banyak terlibat dengan program hiburan.
“Ketika di Jerman, saya ada keluarkan beberapa single.
“Semuanya dalam bahasa Jerman. Saya juga bekerja dengan produser di sana.
“Lagu-lagu saya banyak dimainkan di stesen radio tempatan di sana, selain ada juga terlibat dengan beberapa program televisyen. Kiranya saya antara penyanyi di Jerman,” katanya seraya memaklumkan album Still Standing membuatkan empat lagu Inggeris dan sebuah lagu Melayu berjudul Manusia.
Baca artikel penuh menerusi akhbar Kosmo! atau layari Kosmo! Online.