Cha Eun-woo kekasih India Eisley?

TIADA angin tiada ribut, tiba-tiba meledak khabar angin mengatakan idola kacak, Cha Eun-woo kini sedang hangat menjalinkan cinta dengan pelakon Amerika Syarikat, India Eisley.

Khabar angin tersebut semakin kencang diperkatakan apabila terdapat seorang netizen memuat naik foto memaparkan India Eisley dan seorang lelaki yang didakwa Cha Eun-wooo sedang duduk berhadapan antara satu sama lain di sebuah kafe.

“Saya kebetulan melihat India Eisley sedang meluangkan masa bersama jejaka di cafe sekitar Los Angeles.

“Agak sukar untuk mengambil gambar, jadi saya hanya boleh mengambil gambar dari belakang dan lelaki tersebut memang mirip Cha Eun-woo,” jelasnya menerusi satu hantaran yang tular dalam media sosial.

Penyebaran kisah tersebut ternyata membuat ramai gadis patah hati.

Bagaimanapun, ramai kembali tersenyum apabila agensi Cha Eun-woo mendedahkan penyanyi itu akan muncul debut solo dan India Eisley terbabit dalam penggambaran video muzik lagu tersebut.  – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok