Cha Eun-woo bimbang kecewakan peminat

SENTIASA dipuji mempunyai raut wajah tampan dan fizikal yang sempurna, anggota kumpulan Astro, Chae Eun-woo tidak sesekali meninggi diri sebaliknya mengakui tertekan dengan jangkaan melangit netizen.

Ujar pelakon berusia 28 tahun itu, dia risau jika suatu hari nanti melakukan kesilapan dan mengecewakan peminatnya yang sentiasa mahu melihat gerak-geri mahupun penampilannya tanpa cacat cela.

“Saya bersyukur dikurniakan raut wajah yang menawan, tapi saya takut peminat terlalu menganggap saya sempurna sehingga tidak boleh melakukan kesilapan.

Saya manusia biasa, tidak sempurna, saya takut peminat kecewa jika saya tidak mencapai piawaian terlalu tinggi yang mereka sendiri tetapkan.

“Tetapi tidak mengapa, saya akan terus berusaha memperbaiki segenap aspek kehidupan saya. Teruskan menyokong saya dan terima kasih untuk itu,” ujarnya menerusi satu rancangan temu bual dengan media di Korea Selatan.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok