Belum bertunang, balu Abam Bocey sedia cari pengganti

TEKA-TEKI sejauh mana kebenaran perkhabaran balu kepada Allahyarham Abam Bocey iaitu Hidayah Hamzah yang dikatakan mengikat tali pertunangan dengan seorang jejaka misteri terjawab apabila lelaki tersebut adalah anak saudaranya.

Perkara itu terbongkar selepas tular seorang pengguna Facebook meninggalkan komen fizikal lelaki itu lebih tinggi berbanding ibu saudaranya (Hidayah).

Anak saudara lebih tinggi daripada Dayah (Hidayah). Macam mana tu?” komen seorang wanita.

Hidayah kemudian dilihat membalas komen tersebut dengan memberitahu sengaja bergambar dengan anak saudaranya kerana mahu membandingkan ketinggian lelaki itu dengannya.

Betul anak saudara lebih tinggi berbanding mak saudaranya. Saja nak tunjuk anak saudara tinggi,” balasnya.

Seorang lagi pengguna Facebook kemudian memberitahu Hidayah belum lagi bertunang seperti yang dilaporkan media baru-baru ini.

Namun, ibu tunggal kepada seorang cahaya mata itu telah terbuka hati untuk mencari pengganti pada tahun ini.

Dayah cakap tahun ini baru dia terbuka hati untuk lelaki. Tapi dia tak cakap pun ada jumpa sesiapa,” komen wanita tersebut.

Terdahulu, Hidayah mencetuskan tanda tanya ramai selepas berkongsi foto berada di atas pelamin sambil memegang bunga tangan bersama seorang lelaki bersongkok.

Perkongsian wanita itu menerima banyak ucapan tahniah apabila disangka telah mengikat tali pertunangan dengan seorang lelaki yang tidak diketahui identitinya.

Terdahulu, Hidayah mendirikan rumah tangga dengan pelawak, Allahyarham Abam pada 2017.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang zuriat bernama Syed Uthman Hamzah yang kini berusia enam tahun.

Industri seni hiburan tempatan bagaimanapun dikejutkan dengan berita pemergian Abam yang meninggal dunia akibat demam panas pada 10 Februari 2020. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok