SERANGAN provokasi pelakon Fathia Latiff terhadap Zahirah MacWilson diteruskan dengan membuat perbandingan wajahnya ketika kanak-kanak dengan aktres itu.
Perkara itu dilakukan Fathia, 36, dalam beberapa perkongsian media sosial hari ini apabila memuat naik koleksi foto lamanya ketika berada di puncak kegemilangan.
Paling mengundang kemarahan ramai adalah apabila dia ‘mencari pasal’ membandingkan wajahnya dengan Zahirah ketika kanak-kanak dan masih menggelar isteri kepada pelakon Aiman Hakim Ridza itu sebagai bibik atau pembantu rumah.
Dia turut berkongsi beberapa kejayaan yang diraih sebelum ini termasuklah memenangi trofi pelakon wanita popular dan menjadi penghias muka depan beberapa majalah popular suatu ketika dahulu.
“Bersama bibik saya. Bibir saya semula jadi tebal okey semasa kecil, pandai bibik saya jaga.
Pernahkah anda berlakon dalam sebuh filem yang meraih lebih 20 juta tontonan?
“Adakah wajah anda pernah terpampang pada muka depan majalah sebanyak lebih 10 kali? Jadi, diam,” katanya.
Perkongsian berkenaan bagaimanapun mengundang kemarahan netizen yang bertindak menasihati pemilik nama penuh Nur Fathia Abdul Latiff itu berhenti membuat provokasi kerana risau mengundang padah kepada dirinya kelak.
Tidak matang langsung perangai, siap buat perbandingan wajah masa kecil. Zahirah menang di hati Aiman dan peminatnya.
“Modal kau hanya gambar-gambar lama sahaja sebab sekarang sudah sendu, sebab itu suka cari perhatian.
Sudah-sudahlah Fathia, semua anugerah itu tidak boleh bawa masuk kubur pun. Jadilah seorang yang matang,” kata netizen.
Dalam pada itu, Zahirah dan Aiman masih mengambil pendekatan berdiam diri tanpa membalas setiap serangan provokasi Fathia.
Sejak semalam, nama Fathia menjadi bualan hangat apabila menggelar bintang drama Curi-Curi Cinta itu sebagai bibik selepas seorang individu mengatakan Zahirah itu memiliki kecantikan semula jadi sebagai seorang wanita.
Dia turut menuduh Zahirah melakukan pembedahan plastik pada bahagian bibir untuk kelihatan lebih jelita dan mungil.
Fathia sebelum ini pernah menjalin hubungan cinta dengan Aiman, namun perhubungan mereka berakhir pada Disember 2015.
Aiman kemudian menamatkan zaman bujang dengan Zahirah pada 20 Februari 2020 dan mereka bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi. – HIBGLAM