Baekgyeul berehat panjang

BERIKUTAN kondisi kesihatan kian memburuk, anggota kumpulan E’Last, Baekgyeul membuat keputusan untuk berehat panjang daripada melakukan persembahan mahupun sebarang aktiviti promosi kumpulan.

Berita mengejutkan ramai itu disahkan sendiri label mereka, E Entertainment sekali gus meminta peminat untuk terus menyokong karier idola pujaan mereka selain mendoakan agar Baekgyeul cepat sembuh.

“Keadaan kesihatan Baekgyeul merudum dan sebelum ini kerap berulang-alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Selepas mendapatkan nasihat doktor dan mengambil kira semua aspek, Baekgyeul memaklumkan kepada kami untuk bercuti panjang.

“Mohon semua peminat terus menyokong dan doakan idola kalian cepat sembuh. Kami akan maklumkan perkembangan Baekgyeul dari semasa ke semasa,” jelas wakil E Entertainment.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok