Anak ‘dicuit’ saudara, Achey naik hantu

MASIH boleh berdiam apabila diri dihina, pelawak Achey bagaimanapun tidak mampu menahan sabar melihat anak angkatnya, Tiara Zinnirah menjadi sasaran sikap biadab segelintir individu yang juga saudara terdekat.

Katanya, pernah terjadi insiden yang mencetuskan kemarahan sebaik mendengar mulut jahat ‘sentuh’ emosi permata hatinya yang mendorong dia nyaris bertindak sebelum ditenangkan isteri.

Perkataan mandul, tak subur dan sebagainya sudah biasa saya dengar dan cakap ‘engkau ni masalah’, saya cuma diam. Tapi ada satu kenduri depan anak saya dia kata ‘kau tau tak ini bukan bapa kau’.

“Rasa nak sepak pakcik tu, sebab dia tak jaga mulut isteri dia. Ketika itu saya tak okey (marah), orang rumah terus bangun gosok belakang minta saya sabar.

“Nak ‘tembak’, ‘tembak’ saya saja, bukan anak. Tak tahu apa yang dia cemburu atau didengkikan. Orang luar saya masih boleh buat tak peduli, tapi ini dilafazkan individu terdekat,” katanya.

Menurut pemilik nama lengkap Mohd Nasir Hamzah, 37, itu, soal belum dikurniakan zuriat sendiri selepas 12 tahun mendirikan rumah tangga dengan isteri, Nor Hasanah Yahaya dianggap sebagai ujian Allah.

Katanya, mereka berdua masih belum berputus ada untuk berikhtiar malah pernah mencuba pelbagai usaha termasuk Persenyawaan In Vitro (IVF).

Terdahulu, Achey dan isterinya mengambil Tiara yang kini berusia lima tahun sebagai anak angkat pada 2018.  -HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok