Amir Ahnaf jual silat, loghat Terengganu

LANGKAH anak muda yang dikenali dengan nama pentas Amir Ahnaf dalam industri seni lakon tanah air semakin panjang apabila terpilih membintangi filem epik, Pendekar Awang: Darah Indera Gajah.

Peluang keemasan itu disambut dengan penuh syukur bahkan pemilik nama sebenar Pemilik nama lengkap Muhammad Amir Ahnaf Mohd. Khairuddin malah dia tidak mampu menyembunyikan rasa teruja dapat menggunakan dialek Terengganu ketika memainkan watak Andak.

Peranan sebagai pendekar muda yang membantu pejuang Tok Gajah serta Awang menentang Inggeris cukup dekat dengan pelakon berusia 24 tahun itu kerana dapat berdialog menggunakan dialek negeri kelahiran.

“Ini adalah filem sulung yang juga sebuah naskhah besar, sudah tentu saya teruja menjadi sebahagian daripadanya selain berbangga bercakap dalam dialek Terengganu.

“Lebih-lebih lagi saya dapat bawa jiwa seorang pendekar dan kemudian berlawan ‘cakak Tranung’ pula, memang seronok,” ujarnya dengan bersemangat.

Berkongsi lagi pembabitan dalam filem itu, Amir mendedahkan dia terkejut apabila mendapat panggilan pengarah, Saiful Reza Shukor tiga hari sebelum sesi penggambaran bermula.

TIDAK kekok bersilat dalam filem terbitan Kembara Studio itu kerana mengikuti kelas silat Cemara Bugis ketika belajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Kata anak sulung daripada sembilan beradik itu, sukar untuknya menolak watak Andak kerana dia diperlukan untuk membawa watak anak Terengganu yang mempunyai kemahiran bersilat.

“Reza sebelum ini terbabit dengan pembikinan Projek High Council dan dia yang tawarkan watak ini sebab dia rasa saya pelakon paling sesuai untuk watak Andak.

“Walaupun tawaran ini datang kurang tiga hari sebelum penggambaran, saya tidak fikir panjang kerana Andak dekat dengan jiwa saya sebagai anak Terengganu.

“Saya memang tidak pandai memanah tetapi saya sempat berlatih dan buat kajian tentang cara memanah serta pegang pedang.

“Saya menjalani latihan sebelum masuk set dan buat kajian mengenai watak dan senjata yang saya gunakan,” jelasnya mengenai filem yang ditayangkan pada 11 Januari lalu.Disoal mengenai babak silat dalam filem itu, Amir memberitahu dia pernah mengikuti kelas silat Cemara Bugis ketika menuntut di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) suatu ketika dahulu.

“Saya pernah belajar silat Cemara Bugis ketika bersekolah asrama. Jadi, dengan berbekalkan pengalaman dan skil yang sedikit itu saya gunakan dalam filem ini.

“Begitupun, keserasian dengan teman segandingan untuk babak pertarungan sangat perlu apabila ada antaranya menggunakan senjata.

“Latihan serta disiplin amat penting malah kena fokus agar pergerakan terus lancar,” katanya lagi.

Tambah Amir lagi, lebih menyeronokkan apabila filem Pendekar Awang Darah Indera Gajah turut membariskan ramai bintang hebat seperti, Fattah Amin, Fazura, Namron, Nadhir Nasar dan Wan Hanafi Su.

Baca artikel penuh di akhbar Kosmo! atau Kosmo! Online. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok